KPM pastikan sekolah sukan relevan, tempatkan jurulatih khusus perkasa atlet

KPM pastikan sekolah sukan relevan, tempatkan jurulatih khusus perkasa atlet

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memastikan sekolah sukan seluruh negara sentiasa relevan dengan menempatkan jurulatih khusus.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, langkah itu bertujuan menyediakan pelapis atlet negara dalam kalangan pelajar sekolah.

“KPM sepanjang masa akan memastikan bahawa sekolah sukan di setiap negeri mempunyai jurulatih yang berkelulusan,” katanya ” katanya selepas majlis Anugerah Sukan KPM-MSSM-Milo 2023 semalam.

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan 13 anugerah sukan kepada penerima-penerima yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kategori masing-masing.

Kah Woh berkata, kementerian memberi tumpuan dan fokus kepada sekolah sukan di setiap negeri m yang terbukti melalui prestasi cemerlang dan kelahiran atlet berkualiti sepanjang masa.

“Melalui sekolah-sekolah sukan yang kita ada, kita akan terus melahirkan atlet-atlet remaja yang berkaliber dan berprestasi tinggi serta pada masa sama dapat mewakili negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×