KEMAMAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi setelah merampas 13,270 liter bahan bakar tersebut yang bernilai RM116,800 dalam dua serbuan berasingan di Kerteh, di sini, dan Bukit Besi, Dungun, kelmarin. Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, seramai empat individu termasuk pemilik sebuah stesen minyak yang berusia 20 hingga 70 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan dalam Ops Tiris 3.0…