Kolaborasi Kangen Band, Bagindas 'gegar' Zepp KL - Utusan Malaysia

Kolaborasi Kangen Band, Bagindas ‘gegar’ Zepp KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kembali ‘menggegarkan’ Zepp KL, band popular Indonesia, Kangen Band kali ini akan bergandingan dengan Bagindas untuk mengubat kerinduan peminat muzik tempatan.

Dua nama besar dalam dunia muzik Indonesia itu akan sama-sama menghiburkan peminat mereka menerusi Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur 26 Mei ini.

Penganjur, Backdoor Entertainment Rosdi Azwan berkata, konsert yang menggabungkan dua nama band bakal memberikan kelainan bagi penonton di Malaysia.

“Kemeriahan konsert terdahulu mencipta fenomena di Asia Tenggara yang memukau dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat muzik dan pengguna media sosial.

“Senario yang membuktikan sokongan tidak berbelah bagi penggemar muzik mendorong pihak kami mengundang mereka lagi.

“Apatah lagi Kangen Band dan Bagindas dijangkakan memberi kenangan terindah dinanti-nantikan,” ujarnya.

Tambah Rosdi, sebagai suntikan kelainan, aspek teknikal, penataan cahaya serta pemilihan latar pentas menjadi fokus utama selain persembahan yang dinantikan ramai.

Selain persembahan hebat Kangen Band, Bagindas juga turut menampilan DJ Rycko Ria selaku pencipta muzik remix bagi semua lagu Bagindas.

“Kali ini, kami bawakan mereka semula di atas satu panggung yang sama dalam gelombang galau dan melodi remix yang memukau.

“Satu fakta konsert ini adalah Kangen Band akan menyanyikan 18 lagu dan Bagindas X DjRycko bakal menyampaikan 12 lagu berkonsepkan muzik remix.

“Ini seperti membawakan dua elemen muzik berbeza kali seterusnya mengukir satu lagi konsert fenomena Asia di Malaysia,” katanya.

Dalam konsert yang bakal berlangsung selama dua jam itu, kedua-dua band hebat itu akan menyampaikan rangkaian seleksi lagu malar segar sejak penubuhan kumpulan itu hampir dua dekad lalu.

Akui Rosdi lagi, tidak keterlaluan jika dikatakan, karya serta muzik mereka terus hidup walau hampir dua dekad berjuang dalam industri hiburan.

Kangen Band dijangka membawakan rangkaian seleksi hit seperti Pujaan Hati, Jangan Bertengkar Lagi, Selingkuh, Cinta Sampai Mati dan Kehilangan Mu.

Selain Andika Maesa selaku vokalis, kumpulan asal Lampung itu turut membariskan Dodhy Hardiyanto, Rustam Wijaya, Novri Azwar dan Muhammad Bari dan Alfarizi.

Manakala Bagindas pula turut menjanjikan persembahan sama hebat dengan memilih dendangan lagu popular antaranya Suka Sama Kamu, Cinta serta 100% Cintaku.

Untuk info, Kangen Band ditubuhkan pada 2005, Bagindas pula membina nama dalam dunia hiburan Indonesia empat tahun kemudian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya