Malaysia tepati ramalan ke suku akhir acara berpasukan

Malaysia tepati ramalan ke suku akhir acara berpasukan

FARHAN Adam (kanan) mengggunakan kasut jenama 'Vans' ketika beraksi di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa.-GAMBAR- AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir acara berpasukan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menumpaskan Jepun 3-0, sebentar tadi.

Kemenangan kedua dalam peringkat Kumpulan C itu menyaksikan Malaysia muncul selaku juara kumpulan dan akan menempah pertemuan dengan naib juara Kumpulan B, India.

Dalam aksi menentang Jepun, mata pertama Malaysia disumbangkan regu yang diketuai Amirul Syazwan Amir (apit kiri), Haziq Hairul Nizam (tekong) dan Noraizat Nordin (apit kanan).

Trio negara itu tidak berdepan masalah untuk menumpaskan regu pertama Jepun 15-13, 15-4, sekali gus memberi semangat kepada regu kedua negara untuk meneruskan rentak kemenangan.

Malaysia yang menurunkan juara regu dunia Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (apit kiri) dan juga Azlan Alias (apit kanan) mudah membenam regu Jepun 15-5, 15-5 untuk mata kemenangan Malaysia.

Regu ketiga yang memasuki fasa pelengkap jadual perlawanan tidak berdepan tekanan untuk mencatat kemenangan mutlak Malaysia selepas Aidil Aiman Azwawi, Zarif Marican dan Shahalril Aiman Halim menumpaskn Jepun 15-5, 15-7.

Aksi suku antara Malaysia menentang India dijadualkan berlangsung pada pukul 12 tengah hari esok dan sekiranya menang, Malaysia akan kembali beraksi di peringkat separuh akhir pada pukul 8 malam.

Menjelang pertembungan di suku akhir menentang India, ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun mahu pemainnya lebih serius selepas melihat regu negara mempamerkan aksi yang statik dan mudah dibaca pihak lawan.

“Setiap pasukan yang kita tentang, kita akan lebih serius kerana tak nak pemain terlalu selesa dan kita harapkan pemain terus fokus pada setiap perlawanan bagi memastikan prestasi pasukan kita berada pada tahap terbaik.

“Apa yang saya lihat tadi, permainan regu pertama kita agak statik dari segi persembahan dan kita harap mereka memperbaiki pada perlawanan peringkat kalah mati esok.

“Kalau kita lihat barisan pemain yang kita susun adalah regu yang kita padankan di peringkat latihan lagi. Jadi, kita harapkan mereka lebih bersedia perlawanan esok,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya