Hospital di utara Gaza dikepung tentera Israel selama lima hari

Hospital di utara Gaza dikepung tentera Israel selama lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel bertindak mengepung pekarangan Hospital Al-Awda di utara Gaza selama lima hari berturut-turut.

Situasi itu dimaklumkan oleh pegawai kanan hospital, Dr. Mohammed Saleh sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan pesakit dan petugas perubatan. 

“Tentera Israel mengelilingi pekarangan hospital dan rumah berdekatan. Insiden tembak-menembak dan pengeboman masih berterusan di kawasan ini,” katanya lapor AFP. 

Katanya, tentera Israel turut bertindak mengebom bangunan hospital, petang Rabu lalu. 

“Ketika itu, petugas perubatan dipaksa keluar dan saya hanya mempunyai seramai 13 staf, 11 pesakit dan dua wanita bersama anak mereka yang tercedera,” katanya. 

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi platform X berkata, terdapat 140 petugas perubatan, pesait dan golongan dewasa berada di dalam hospital ketika tentera rejim mengebom premis itu. 

Katanya, penembak tepat menyasarkan bangunan hospital sehingga menyebabkan kerosakan di tingkat lima. 

“Hanya dua hospital sahaja yang masih berfungsi di utara Gaza. Adalah penting memastikan kemampuan mereka untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan,” katanya. 

Selasa lalu, pesakit dan petugas perubatan diselamatkan dari hospital lain di utara Gaza, kata Pengarahnya, Dr. Hossam Abu Safia. 

Sebelum ini, tentera Israel bertindak kejam dengan menyerang kompleks perubatan terbesar di Gaza, Hospital Al-Shifa sehingga menyebabkan ramai mangsa terkorban dan bangunan musnah teruk. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya