KKM pantau gelombang Covid-19 di Singapura

KKM pantau gelombang Covid-19 di Singapura

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memantau gelombang peningkatan dua kali ganda jangkitan  Covid-19 yang dilaporkan melanda Singapura baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia berpunca gabungan sub varian KP.1 dan KP.2 yang menyumbang lebih dua per tiga daripada kes Covid-19 di Singapura.

“Di Malaysia, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan pada minggu 12 hingga 18 Mei ialah 1,230 kes, berbanding 1,071 kes pada minggu sebelumnya (peningkatan 14.8 peratus). 

“Tiada kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan sejak 25 April 2024,” katanya menerusi hantaran di laman X.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly berkata, kementerian telah melaporkan setiap KP 1.1 dan KP.2.1 pada Mac tahun ini dengan kedua-duanya dengan gejala ringan dan tidak melaporkan sebarang peningkatan ketara dalam kes Covid-19.

Namun, katanya, pihaknya akan terus memantau keadaan dan sistem kesihatan untuk bersedia dengan sebarang lonjakan kes.

“Orang ramai digalakkan untuk mengekalkan kebersihan diri; mengurangkan interaksi sosial apabila berasa tidak sihat; dan memakai topeng jika dalam kumpulan berisiko tinggi, di kawasan yang sangat sesak, atau apabila bergejala,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN