Kertas siasatan kasut tertera kalimah Allah kini dengan Peguam Negara

Kertas siasatan kasut tertera kalimah Allah kini dengan Peguam Negara

Mohd. Fared Mohd. Khalid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes kasut tumit tinggi yang didakwa mempunyai kalimah mirip Allah dalam bahasa Arab di bahagian tapaknya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“JAIJ dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan, dan telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara. Sama ada terdapat siasatan lanjutan dibuat berhubung kes berkenaan saya tidak dimaklumkan.

“Tetapi saya yakin penguat kuasa agama negeri ini dan juga polis telah jalankan tugas mereka sebaiknya. Selebihnya kita serah budi bicara peguam negara untuk buat tindakan susulan termasuk sama ada perlu mendakwa mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Pusat Islam Iskandar Johor, di sini hari ini. 

Tambah Mohd. Fared, kasut-kasut yang dirampas dalam kes berkenaan masih dalam simpanan pihak polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN