Negara rugi lebih RM2 bilion setahun kerana paip bocor

Negara rugi lebih RM2 bilion setahun kerana paip bocor

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kerajaan akan memberi fokus kepada menyelesaikan isu kadar Air Tidak Berhasil (NRW) kerana ia menyebabkan kerugian kepada negara melebihi RM2 bilion setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan negeri sebelum ini menghadapi kesukaran membaik pulih paip bocor kerana ia memerlukan kos yang tinggi.

“Sebab itu strategi kita, mana-mana kerajaan negeri yang ada NRW melebihi lima peratus, Kerajaan Persekutuan akan membantu dengan memberikan mereka geran.

“Untuk (negeri) yang (paipnya ) sudah elok, kita akan membantu memberi pinjaman (kewangan) bagi menggantikan paip lama dan itu adalah salah satu fokus kita sehingga masalah ini dapat diselesaikan.

“Seperti kita tahu, pengurusan air di negara ini diuruskan oleh pelbagai pihak iaitu bidang kuasanya di bawah kerajaan negeri, tetapi mana yang perlu, kita di Persekutuan akan bantu, ” katanya dalam Simposium Pemimpin Masa Depan dalam Kelestarian Air (FLOWS) 2024: Mempercepatkan Impan bagi Ketahanan Air di Bangsar South City, Kuala Lumpur hari ini. 

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, rakyat di negara ini harus memberi keutamaan dalam menggunakan air seperti pelepasan dan tidak mencemarkan sumber itu. 

“Cabaran tertumpu kepada perubahan cuaca yang akan mengakibatkan air berlebihan sekaligus bakal menimbulkan bencana.

“Situasi tersebut akan menjejaskan infrastruktur dan beri kesan kepada ekonomi dan kehidupan rakyat,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Fadillah enggan mengulas lanjut berkenaan draf Memorandum Persefahaman (MoU) peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN