Kerajaan lancar Podcast Perpaduan

Kerajaan lancar Podcast Perpaduan

DATUK Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada majlis pelancaran Podcast Perpaduan di Wisma SP Care Antara Gapi, di sini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Kerajaan Perpaduan melancarkan podcast bagi menarik sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang berlangsung pada 11 Mei ini.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pelancaran podcast tersebut dipercayai dapat membantu kerajaan terus mendekati pengundi.

Menurut beliau, calon Pakatan Harapan (PH) PRK Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao dipercayai dapat meneruskan kesinambungan penyandang, mendiang Lee Kee Hiong

“Dalam PRK (ini) susah kita nak dapatkan dan ramai juga pengundi yang tidak mahu balik mengundi (dalam PRK Kuala Kubu Baharu). Kita nak dapatkan seramai mungkin yang mengundi.

“Jadi kita harap kita dapat undi yang baik memenangkan calon kita, gantikan calon (Kee Hiong) kita yang sudah memberi khidmat yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke majlis pelancaran Podcast Perpaduan di Wisma SP Care Antara Gapi, di sini.

Untuk rekod, Sock Tao akan berdepan dengan tiga pencabar lain dalam PRK Kuala Kubu Baharu iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

Dalam pada itu, Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan berkata, podcast tersebut untuk menyampaikan fakta dan informasi yang sahih berkaitan usaha kerajaan.

“Banyak isu yang tidak disampaikan dan diputar belitkan, semua usaha yang dijalankan (oleh) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disampaikan.

“Kita ada podcast yang Menteri dan sebagainya terangkan tetapi masih orang tidak faham, jadi podcast kita bertujuan untuk orang biasa sampaikan apa yang mereka telah terima,” katanya.

Tambahnya, podcast tersebut turut menggunakan pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan Inggeris bagi memastikan mesej dapat disampaikan kepada semua pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN