Kelantan ikut Anwar naikkan gaji penjawat awam negeri

Kelantan ikut Anwar naikkan gaji penjawat awam negeri

MOHD. Nassuruddin Daud (tengah) menyerahkan sumbangan khidmat sosial korporat kepada ikon usahawan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Kota Bharu, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan bakal mengikut jejak langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila bersetuju menaikkan tangga gaji penjawat awam di negeri ini selari dengan pengumuman dibuat Kerajaan Persekutuan.

 

Menteri Besarnya,  Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kenaikkan yang bermula pada Disember ini berpandukan kepada penyelarasan di peringkat Persekutuan.

 

“Kita akan ikut persekutuan (kenaikan gaji penjawat awam) dan kita akan selaraskan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di sini, hari ini.

 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Perdana,Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 13 peratus, tertinggi dalam sejarah mulai 1 Disember tahun ini.

 

Ketika mengumumkan perkara itu pada Hari Pekerja baru-baru ini, Anwar berkata, ia antara keputusan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) iaitu satu kenaikan tertinggi dalam sejarah.

 

Perdana Menteri memaklumkan sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN