SHAH ALAM: Kegagalan kerajaan menentukan kayu ukur berita palsu dengan jelas untuk mengekang penularan maklumat tidak benar didakwa menjadi punca kejatuhan indeks kebebasan akhbar negara pada kedudukan ke-107. Malah, Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil gagal memahami beliau merupakan punca kepada keadaan tersebut. “Mungkin Ahmad Fahmi masih tidak faham atau enggan faham semua ini berpunca daripada beliau dan ingin terus menjadi liabiliti…