KUALA LUMPUR: Beberapa lagi individu akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penerbitan artikel mengenai rancangan pembangunan kasino di Forest City, Johor. Setakat hari ini, seorang ketua pengarang sebuah portal berbahasa Inggeris tempatan sudah dipanggil bagi dirakam percakapannya berhubung penerbitan artikel tersebut. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses merakam percakapan ketua pengarang portal berita berbahasa Inggeris tersebut dilakukan pukul 8.30 pagi tadi. “Beliau meminta untuk proses mengambil keterangannya…