Jakim wujudkan talian khas terima aduan berkait isu hina Islam

Jakim wujudkan talian khas terima aduan berkait isu hina Islam

MOHD NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewujudkan talian khas 24 jam untuk menerima aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam terutama yang dicetuskan menerusi laman media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, talian khas itu beroperasi serta merta bermula hari ini menerusi dua saluran aduan masing-masing di talian 017-3234533 (WhatsApp) dan emel, [email protected].

Beliau berkata, talian aduan khas itu akan dikendalikan Jakim dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) termasuk JAWI, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) secara konsisten memberikan penegasan akan sentiasa memelihara kesucian serta ketinggian agama Islam di negara ini.

“Mana-mana pihak yang didapati melakukan apa-apa tindakan menghina Islam perlulah di bawa ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua pihak,” katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan bulanan agensi-agensi agama di bawah JPM di sini, hari ini.

Katanya, masyarakat awam boleh membuat aduan serta laporan berkaitan apa-apa isu penghinaan kepada agama Islam menerusi talian khas berkenaan.

Mohd Na’im berkata, beliau menyeru semua pihak untuk memelihara keharmonian di negara ini dan apa-apa bentuk tindakan provokasi dan ekstrem perlu dihentikan segera demi mencapai cita-cita Malaysia Madani.

Mengulas lanjut mengenai talian aduan itu, Mohd Na’im berkata, setiap aduan yang diterima akan ditapis terlebih dahulu oleh sebuah jawatankuasa teknikal yang diketuai Jakim bagi memastikan kesahihan setiap aduan yang dikemukakan.

Katanya, jika aduan itu membabitkan kesalahan jenayah syariah, mak, ia akan disalurkan dan dirujuk kepada jabatan agama negeri yang berkenaan.

“Jika ia membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan termasuk mengganggu ketenteraman awam maka, aduan itu akan disalurkan kepada PDRM.

“Kami juga akan bekerjasama dengan SKMM bagi menurunkan kandungan daripada media sosial terutama membabitkan kandungan yang menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Katanya, beliau juga mahu setiap aduan yang diterima itu diatasi sesegera mungkin bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya