SHAH ALAM: Kerajaan akan mengumumkan insentif khas kepada pasukan sepak takraw negara apabila berjaya muncul sebagai juara dunia dalam kategori double dan regu pada Ahad ini. Jumlah insentif tersebut akan diberitahu sebaik sahaja perlawanan akhir berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 tamat. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ketika ini beliau mahu pemain pasukan itu fokus dalam saingan berpasukan, yang bermula hari ini. “Saya sendiri turun ke Stadium Titiwangsa…