Hujan lebat, ribu petir di 7 negeri hingga 5 petang

Hujan lebat, ribu petir di 7 negeri hingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut Met Malaysia, ia dijangka melibatkan kebanyakan tempat di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan. 

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Bentong dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Selain itu, di Sarawak: Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Lawas)  dan Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) serta Labuan,” katanya menurut hantaran di Facebook. 

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN