HLN2024: Dapatkan diskaun dan peluang menang telefon pintar

HLN2024: Dapatkan diskaun dan peluang menang telefon pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai berpeluang memenangi hadiah telefon pintar melalui peraduan ‘Beli & Menang’ sempena Sambutan Hari Landskap Negara 2024 (HLN2024) yang berlangsung bermula 24 Mei  hingga 2 Jun ini di Taman Tasik Shah Alam.

Peraduan ini terbuka kepada orang ramai yang membeli ‘Malaysian Orchid Golden Gift Box’ di lokasi peraduan itu berlangsung atau melalui laman sesawang www.orchidmas.com sepanjang peraduan dilaksanakan.

Pengarah Urusan Orchidmas Sdn. Bhd, Suhairi Sulaiman berkata, syarikat itu akan menjual ‘Malaysian Orchid Golden Gift Box’ dengan harga promosi sepanjang peraduan berlangsung.

Katanya, pembelian kotak hadiah akan memberikan pengalaman indah kepada pengunjung dengan potongan diskaun sehingga 40 peratus.

“Pembeli bertuah berpeluang memenangi hadiah telefon pintar yang akan diumumkan pada 2 Jun jam 5 petang, iaitu pada hari terakhir peraduan.

“Pembeli boleh melayari laman Facebook Orchidmas untuk menonton sesi cabutan bertuah dan pengumuman lima pembeli bertuah yang akan menerima hadiah telefon pintar,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Suhairi berkata, Orchidmas juga akan menemui pengunjung HLN2024 untuk berkongsi pengalaman dalam pengeksportan Orkid Mokara sebagai hiasan bilik, cenderahati dan landskap di pasaran luar negara.

Selain itu, beliau berkata, Orchidmas merupakan pengeluar produk ‘Malaysian Orchid Golden Gift Box’ dengan kerjasama peladang dalam projek Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD) di Lukut dan Linggi, Negeri Sembilan serta Sepang, Selangor.

“Setakat ini, kami telah memasuki pasaran Dubai sejak Februari lalu dan menerima maklum balas positif hasil penyertaan di Russia Islamic World: KazanForum 2024 di Rusia pada 14 hingga 19 Mei yang lalu serta peluang pasaran produk ini sangat tinggi di Timur Tengah.

“Sambutan HLN2024 bertemakan ‘Industri Landskap Pemacu Pembangunan Madani’ akan dirasmikan esok oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” jelasnya.

Tambahnya, pelbagai acara disediakan termasuk pameran, jualan, pertandingan, program, serta aktiviti menarik untuk pemain industri landskap dan pengunjung yang hadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN