Hikmah selepas ujian, Ruhainies dilamar produksi luar negara - Utusan Malaysia

Hikmah selepas ujian, Ruhainies dilamar produksi luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun berdepan kontroversi panas selepas ditangkap khalwat bersama, aktres sensasi Ruhainies mengakui drama lakonannya dengan pelakon Aliff Aziz, Terjerat tetap berjalan seperti biasa.

Jelas Ruhainies, setakat ini juga tiada tawaran kerja yang dibatalkan sebaliknya hanya ditangguh sementara ekoran kontroversi membabitkan dirinya dengan beberapa nama artis lain selain kekasih gelap Alif.

“Sejujurnya, tiada tawaran kerja yang dibatalkan. Cuma buat masa ini, ditangguhkan sahaja. Saya faham dan terima kerana isu pun tengah panas.

“Penggambaran tetap berjalan seperti biasa tetapi tentang cadangan digam mahupun disenarai hitam setakat ini berdasarkan kenyataan yang saya dapat, perkara itu tidak akan berlaku.

“Saya mohon doakan saya. Macam saya cakap sebelum ini, saya mahu tutup buku dan harap semua move on,” katanya.

Pelakon sensasi itu ditemui di majlis rumah terbuka pereka fesyen, Fizi Woo di sini, malam tadi.

Sementara itu, pelakon Hello! Mr. Perfect itu dalam masa sama teruja berkongsi berita mengenai tawaran kerja yang melibatkan produksi luar negara yang dianggap sebagai hikmah ujian yang sedang didepani ketika ini.

“Saya sentiasa percaya setiap ujian itu pasti ada hikmah. Saya banyak terima tawaran dari negara seberang tetapi belum boleh nak cerita lanjut sebab masih dalam proses perbincangan.

“Kontroversi ini bukan setakat tular di Malaysia tetapi sampai ke luar negara juga, ke China pun. Cuma saya mohon doa daripada semua agar nama saya tak terjejas disebabkan kontroversi ini

“Benda yang jadi ternyata mempunyai hikmah tersendiri, tipulah kalau saya cakap langsung tidak terkesan apabila benda ini berlaku,” jelasnya lagi.

Krisis Aliff dan Ruhainies mula menjadi perbualan ramai apabila mereka ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.

Tidak lama selepas itu, muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Sarah menyebarkan perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies yang mendakwa mereka bercinta, selain dikatakan menggunakan Aliff untuk menjatuhkan Bella. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya