Helikopter terhempas: TLDM dedah rakaman nahas 

Nahas helikopter TLDM: Saat-saat akhir nahas didedahkan kepada umum  

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, menunjukkan titik impak nahas kedua-dua pesawat itu pada sidang akhbar di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mendedahkan video berdurasi tujuh saat yang memaparkan detik-detik sebelum dua pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan AS 555 SN Fennec bertembung di udara serta terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, 23 April lalu.

Video itu dirakam TLDM ketika Majlis raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90.

Video tersebut juga memaparkan tujuh helikopter milik TLDM yang menyertai latihan tersebut.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, video itu memperlihat titik impak nahas kedua-dua pesawat itu.

“Pada hari sebenar kita ada tujuh helikopter yang terbabit dalam formasi lintas hormat dan saya ingat semua tahu yang terbabit dalam nahas ialah HOM AW139 dan Fennec.

“Melalui data yang ada boleh lihat anda boleh lihat perbezaan di kedua-dua tepi kiri dan kanan formasi itu,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Difahamkan, video tersebut turut digunakan sebagai antara bahan siasatan berhubung nahas tersebut.

Bagaimanapun, video tersebut tidak memaparkan detik pertembungan kedua-dua pesawat tersebut sebelum terhemas di Pangkalan TLDM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN