Harga sewa Pasar Kedai Payang naik RM50

Harga sewa Pasar Kedai Payang naik RM50

SEBAHAGIAN peniaga yang menjual kuih-muih tradisional di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Harga sewa premis di Pasar Kedai Payang 1 dan Pasar Kedai Payang 2 di sini dijangka dinaikkan sehingga RM50 setiap unit bermula Januari tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Rosli Latif berkata, ketika ini kadar sewa antara RM30 hingga RM330 sebulan.

Menurutnya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terpaksa menaikkan kadar sewa itu memandangkan kali terakhir semakan dibuat ialah pada 1997, iaitu 27 tahun lalu.

“Keputusan ini terpaksa dibuat kerana kita mahu menampung kos penyelenggaraan yang semakin tinggi kerana kadar sewa sekarang rendah dan tidak seiring peningkatan kos operasi.

“Selain itu, kita juga mahu menaik taraf beberapa kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan orang ramai di pasar itu, antaranya pemasangan kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Tambahnya, keputusan itu juga diambil kerana MBKT tidak mahu berlakunya lagi insiden sewaan premis kepada pihak ketiga disebabkan kadar rendah sebelum ini.

“Kita telah membatalkan lesen lebih 10 peniaga yang didapati memberi sewa premis kepada pihak ketiga dengan bayaran sehingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding kadar sewa asal.

“Ada kes peniaga menyewa lot Pasar Payang dengan kadar asal RM70 tetapi menyewakannya semula kepada orang lain dengan harga RM700,” katanya.

Sementara itu, katanya,  bangunan Pasar Kedai Payang 1 yang telah siap diubah suai pula dijadual mula dibuka Julai depan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN