Hanya sebuah hospital beroperasi di Rafah

Hanya sebuah hospital beroperasi di Rafah

PENDUDUK Palestin melarikan diri dari Rafah berikutan serangan baharu Israel di bandar di selatan Gaza tiba di Khan Younis, kelmarin. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Hanya sebuah hospital yang masih beroperasi di bandar Rafah, selatan Gaza manakala semua hospital lain menghentikan operasi di tengah-tengah serangan Israel di bandar itu.

Lapor Palestin Chronicle, hospital-hospital yang sudah ditutup ialah Hospital Abu Youssef Al-Najjar, Pusat Klinik Abu Al-Walid , Hospital Rafah Field (2) dan Hospital Khas Kuwait.

SERANGAN HOSPITAL DISENGAJAKAN

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, memandangkan pencerobohan kejam Israel yang berterusan dan berkembang di Rafah, sasaran tentera Israel di­sengajakan ke atas banyak hospital dan pusat jagaan primer di wilayah itu.

Kementerian itu berkata bahawa pelanggaran yang di­sengajakan tentera Israel yang berterusan terhadap institusi kesihatan menyebabkan penutupan hospital-hospital ber­kenaan.

“Kini hanya meninggalkan Hospital Bersalin Tal Al-Sultan yang bergelut untuk terus menyediakan perkhidmatan kepada pesakit di Rafah,” jelas kementerian itu dalam ke­nyataan.

Kementerian itu me­ngulangi gesaannya kepada semua institusi antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memberikan perlindungan kepada semua hospital, pekerja kesihatan dan ambulans daripada penindasan dan keangkuhan pendudukan Israel.

Kereta kebal Israel tiba di pusat Rafah semalam di tengah-tengah serangan daratnya ke atas bandar itu di mana lebih 1.5 juta orang yang kehilangan tempat tinggal berlindung.

BOM 2,000 PAUN DIGUNAKAN

Pada Ahad lalu, pesawat Israel menggunakan peluru berpandu dan bom 2,000 paun untuk menyerang beberapa khemah di kawasan itu, membunuh sekurang-kurang­nya 45 rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

Serangan peluru berpandu itu menyebabkan api merebak dengan pantas melalui kem yang sepatutnya menjadi zon selamat, tetapi mengorbankan jiwa.

Malah, terdapat rakaman vi­deo menunjukkan mayat hangus serta seorang lelaki memegang bayi.

Pesuruhjaya Agung Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata, imej dari serangan itu adalah bukti bagaimana Rafah bertukar menjadi neraka di bumi.

Lazzarini berkata, UNRWA sedang melakukan segala yang mungkin untuk tidak mengganggu penyampaian bantuan kemanusiaan.

“Tetapi dengan setiap hari berlalu, memberikan bantuan dan perlindungan menjadi semakin mustahil.

“Daripada 200 trak dengan bekalan kemanusiaan yang diturunkan di sebelah Palestin pada Ahad lalu, hanya 30 trak diambil kerana sekatan pergerakan yang berat dan serangan udara tentera Israel yang berterusan, pelancaran roket oleh Hamas, kelewatan dan pengehadan laluan yang boleh digunakan,” tambah Lazzarini.

CABARAN AGIHAN BANTUAN

Lazzarini menambah, ini semua adalah cabaran dan sekatan tambahan yang tidak membenarkan pihaknya mengagihkan bantuan.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merayu kebenaran Israel untuk memindahkan lebih ramai orang yang sakit kritikal dan ce­dera parah dari Gaza.

Beribu-ribu penduduk Gaza dianggarkan memerlukan pemindahan perubatan segera tetapi hanya sedikit yang dapat meninggalkan wilayah Palestin yang terkepung sejak perang meletus di sana hampir lapan bulan lalu.

Jurucakap WHO, Margaret Harris berkata bahawa sejak Israel melancarkan serangan ketenteraannya di bandar Rafah di selatan yang padat pada awal Mei, terdapat penghentian mendadak untuk semua pemindahan perubatan.

Dia memberi amaran bahawa pemberhentian tindakan itu akan mengakibatkan lebih ramai orang akan mati sementara menunggu rawatan.

Sebelum perang di Gaza meletus selepas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, sekitar 50 hingga 100 orang meninggalkan kawasan terkepung itu setiap hari bagi rujukan perubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini