Hail Amir meninggal dunia - Utusan Malaysia

Hail Amir meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi veteran, Datuk Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Khabar duka itu dikongsikan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi sebentar tadi.

“Benar, Hail Amir sudah meninggal dunia. Pihak kami menerima berita itu dari pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebentar tadi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Keadaan bintang legenda merosot selepas beliau di masukkan HKL di sini kerana masalah batuk kronik sejak semalam.

Hail pada 2018 dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung.

Sepanjang pembabitan lebih lima dekad dalam dunia seni, Hail telah menerbitkan 12 album selain menjayakan sembilan filem.

Seniman berasal dari Pulau Pinang itu terkenal menerusi lagu-lagu malar segar antaranya Wajah Kesayangan Hamba dan beberapa lagu duet bersama penyanyi Uji Rashid termasuk Menunggu Nasi Minyak dan Seloka Hari Raya.

Bapa lima cahaya mata ini pada tahun 2022 telah dikurniakan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN