Graduan TVET: KPT perlu sentiasa adakan libat urus dengan industri 

Graduan TVET: KPT perlu sentiasa adakan libat urus dengan industri 

ZAMBRY Abdul Kadir menandatangani plak perasmian pada Majlis Perasmian Bangunan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai hari ini. - UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu sentiasa mengadakan libat urus dengan industri bagi memastikan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat peluang pekerjaan.

Berdasarkan data dikeluarkan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), hanya 39. 6 peratus graduan TVET mendapat pekerjaan di syarikat swasta sekali gus menunjukkan majoriti majikan swasta tidak terbabit dalam pengambilan pekerja dari kalangan graduan berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, libat urus mustahak kerana perlu mendekati industri bagi memastikan bidang yang mereka perlukan. 

“Jangan hanya kita mengambil pendekatan dengan menuduh mereka tidak mahu mengambil graduan TVET atau kita pula tidak menyediakan keperluan industri. 

” Ini kerana perkara paling mustahak adalah pendekatan bersama. Dalam hal ini, KPT telah adakan pertemuan iaitu kerjasama antara kementerian sebagai contoh dengan hal berkaitan tenaga kerja, antara KPT, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Ekonomi. 

” Di sini meletakkan asas pastikan dari segi keperluan tenaga kerja, bidang apa diperlukan. Alhamdulillah kita sudah mengadakan mesyuarat bersama di  peringkat kementerian, kita tahu keperluan sektor swasta dalam bidang tertentu yang nak mereka minta kita sediakan,” katanya selepas Majlis Perasmian Bangunan Fakulti  Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, hari ini. 

Zambry berkata, KPT juga sedia bincang dan laksanakan syarat kelayakan tambahan bagi membolehkan menempatkan peluang pekerjaan bagi graduan TVET. 

“Seringkali dibincangkan adalah isu di peringkat Ijazah, umpamanya bidang kejuruteraan. Industri memerlukan beberapa kelayakan, asasnya sudah ada. Jadi kita perlukan sedikit tambah nilai kepada program dan perkara ini akan disediakan dan patut ada perbincangan dibuat,” katanya.

Dalam perkara berasingan, katanya, Zambry memberitahu, KPT berada pada kedudukan lima terbaik antara kementerian berdasarkan laporan keseluruhan penggunaan perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan kerajaan. 

“Dari segi projek lewat kita tidak begitu banyak namun pemantauan akan terus dilakukan bagi memastikan projek pembangunan dapat disegerakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×