Gerakan JI di Malaysia terkawal

Gerakan JI di Malaysia terkawal

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL (kanan) dan RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan memberi jaminan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) di negara ini masih terkawal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis memiliki pangkalan data mencukupi untuk memantau bekas anggota kumpulan terancang atau militan yang pernah ditahan sebelum ini.

Katanya, maklumat yang ada itu berfungsi bagi membantu menguruskan kes seperti serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya nak beri jaminan bahawa pasukan polis dengan pengalaman kita 217 tahun penubuhan sebagai agensi penguat kuasa terbesar, pengkalan data itu memadai untuk kita uruskan insiden begini. Polis mempunyai pengalaman berdasarkan corak satu insiden berlaku.

“Kita jangan (membuat spekulasi) berlebihan. Serangan Balai Polis Ulu Tiram dilakukan suspek bersendirian. Don’t go beyond that point (ancaman militan termasuk JI),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor, di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, M. Kumar.

Serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, semalam mengorbankan nyawa Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dalam kejadian 2.30 pagi.

Mangsa Ahmad Azza Fahmi meninggal dunia akibat ditetak di bahagian belakang leher dan kepala manakala Muhamad Syafiq maut akibat ditembak di bahagian perut dan lengan.

Kedua-dua anggota berusia 22 tahun yang merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis tersebut baru berkhidmat dalam PDRM kira-kira dua tahun.

Seorang lagi anggota Koperal Mohd. Hasif Roslan yang cedera kini dirawat di wad biasa Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dilaporkan stabil.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, polis memiliki latar belakang mereka yang terlibat dalam pelbagai kegiatan atau pernah ditahan mengikut (Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas 2012 (SOSMA).

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, beliau berkata, polis tidak berhasrat meluaskan skop siasatan membabitkan rangkaian militan antarabangsa atau pihak berkuasa rantau ini.

“Kita tak berhasrat berbuat begitu. Skop siasatan hanya membabitkan insiden berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini