TAPAH: Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan membuktikan pelajar Orang Asli juga cemerlang dalam pelajaran apabila meraih keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan hari ini. Fifi Nurfatin, 18, dari Sekolah Menengah Sains Tapah memperoleh A+ bagi subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik dan A bagi Bahasa Inggeris, Fizik dan Kimia serta A- subjek Matematik Tambahan dan Biologi. Pelajar dari suku kaum Semai itu merupakan satu-satunya…










