PETALING JAYA: Syarikat multinasional, FedEx Corporation (FedEx) berhasrat mengembangkan perniagaannya terutama yang melibatkan kemudahan sedia ada di beberapa lapangan terbang di Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat multinasional dalam bidang pengangkutan, e-dagang dan perkhidmatan perniagaan itu bertapak di negara ini sejak 1993 juga melihat cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai satu lonjakan kerjasama pertumbuhan ekonomi masa hadapan yang perlu dimanfaatkan. “Saya juga mendapat maklum balas positif…