Elak pembaziran tenaga elektrik - Utusan Malaysia

Elak pembaziran tenaga elektrik

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (duduk, lima dari kiri) bersama Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (duduk, enam dari kiri) berkenan merakamkan gambar bersama sewaktu melancarkan Kempen ‘Cekap Guna Elektrik, Pasti Jimat Bil Elektrik’ di Wisma TNB, Kangar, Perlis.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seluruh masyarakat dinasihatkan agar dapat menggelakkan pembaziran tenaga elektrik khususnya sewaktu fenomena cuaca panas ketika ini.

Ketua Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri, Azian Alias berkata, berikutan itu, semua pihak dinasihatkan agar dapat menggunakan perkakasan elektrik dengan cekap bagi menggelakkan pembaziran tenaga elektrik.

Katanya, situasi pembaziran tenaga itu juga sekali gus dapat membawa kepada bebanan bil elektrik yang tinggi.

“Contohnya, ketika menggunakan penghawa dingin pastikan tingkap dan pintu ditutup rapat bagi mengelakkan motor penghawa dingin bekerja secara berterusan dalam mendapatkan suhu yang diperlukan.

“Pengguna boleh merujuk panduan menggunakan elektrik secara cekap di laman sesawang www.tnb.com.my,” katanya.

Azian berkata demikian sewaktu mempersembahkan taklimat kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sempena melancarkan Kempen ‘Cekap Guna Elektrik, Pasti Jimat Bil Elektrik’ di Wisma TNB Perlis,di sini.

Penganjuran program tersebut turut disekalikan dengan pelaksanaan Majlis Mesra Aidilfitri TNB Perlis 2024.

Sementara itu, Pengurus Besar TNB Negeri Perlis dan Kedah, Wan Ishak Soed berkata, penganjuran majlis berkenaan adalah bertujuaan untuk menjalinkan silaturahim, ukhuwah dan integrasi secara bersama.

“Program ini juga dilaksanakan bagi menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB yang sentiasa mendekati dan mendampingi masyarakat selaras dengan imej kami sebagai badan korporat prihatin,” katanya.

Tambahnya, menerusi penganjuran program tersebut, TNB juga berpeluang menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada masyarakat setempat yang merupakan pelanggan serta aset utama mereka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya