Dugaan awal pagi, 26 motosikal pelajar Unimap musnah terbakar - Utusan Malaysia

Dugaan awal pagi, 26 motosikal pelajar Unimap musnah terbakar

SEBANYAK 26 motosikal pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang diparkir di kawasan parkir asrama lelaki di Pauh Putra musnah dalam kebakaran.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di kolej kediaman di Pauh Putra di sini berdepan dugaan selepas 26 motosikal pelbagai jenis milik dalam kalangan mereka yang diletakkan di kawasan pakir kolej penginapan tersebut musnah dalam kebakaran hari ini.

Kejadian kira-kira 4.40 pagi di Blok B, Kompleks Perumahan atau kolej kediaman pelajar itu menyebabkan mereka mengalami kerugian besar selepas motosikal dikatakan lebih 90 peratus musnah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, berdasarkan pemeriksaan dan disahkan pengetua blok berkenaan, hanya 26 motosikal terbakar manakala 10 lagi mengalami kerosakan kecil.

“Punca kebakaran masih belum diketahui dan kita menunggu laporan pemeriksaan daripada forensik bomba,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis pula berkata, seramai enam anggota diketuai Penguasa Bomba Kanan II, Megat Zairilnizam Ahmad dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau dikerah ke lokasi kejadian.

“Bomba menerima panggilan kebakaran sekitar pukul 4.41 pagi dan mendapati api sudah pun merebak sehingga memusnahkan dan merosakkan 36 motosikal. Motosikal berkenaan mengalami kemusnahan 90 peratus dan api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar pukul 5.13 pagi,” katanya.

SEBANYAK 26 motosikal pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang diparkir di kawasan parkir asrama lelaki di Pauh Putra musnah dalam kebakaran.- UTUSAN

Sementara itu, seorang mangsa, Wan Muhammad Hasief Wan Shahar, 26, berkata, dia sedang tidur di biliknya di tingkat lima sebelum dikejutkan oleh rakannya memaklumkan kejadian kebakaran itu.

“Saya bawa barangan yang boleh diselamatkan termasuk komputer riba ke bawah. Saya melihat motosikal Yamaha Y16 yang baharu setahun digunakan sudah pun disambar api.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa untuk selamatkan motosikal kerana keadaan di situ berbahang dan api sedang marak. Kerugian akibat kejadian itu dianggarkan sebanyak RM14,500,” katanya pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik itu.

Rakannya, Muhammad Muaz Mohd Sofi, 25, berkata, dia tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan motosikal Honda RS150.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya