IPOH: Dua lelaki parah ditikam selepas diserang sekumpulan individu bersenjatakan pisau dalam kejadian di sebuah kedai permainan komputer di Buntong, kelmarin. Kejadian sekitar pukul 10.15 malam itu berlaku membabitkan lima lelaki yang bertindak menyerang mangsa berusia 24 tahun dan empat rakan lain berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa dan rakan-rakannya sedang bermain permainan komputer sebelum…










