Dua lelaki Myanmar dipenjara 18 bulan miliki diesel bersubsidi tanpa lesen - Utusan Malaysia

Dua lelaki Myanmar dipenjara 18 bulan miliki diesel bersubsidi tanpa lesen

ZAW Min Naing (kanan) dan U Kyaw Hla dipenjara 18 bulan setelah mengaku bersalah memiliki diesel bersubsidi tanpa lesen di Mahkamah Sesyen Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dua lelaki Myanmar dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini setelah mengaku bersalah memiliki diesel bersubsidi tanpa lesen pada tahun lalu.

Tertuduh, Zaw Min Naing, 44, dan U Kyaw Hla, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Jean Sharmila mengarahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap pada 24 Februari tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memiliki 6,200 liter diesel bersubsidi yang dimuatkan dalam dua tangki skid di sebuah premis tanpa nombor di Bukit Lada, Jalan Kubur Panjang, Pokok Sena dekat sini pada pukul 12.15 tengah hari, 24 Februari 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Mohamad Hezrin Abdul Wahab dan Mohd. Hilmi Ibnu Hassan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kedua-dua tertuduh yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian diwakili peguam, Adam Majid. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×