Dua kilang tayar terpakai ditutup, dikompaun

Dua kilang tayar terpakai ditutup, dikompaun

Pegawai MKPu dan beberapa agensi berkaitan melakukan pemeriksaan terhadap dua kilang memproses pyrolisis di Jalan Seelong, Senai, Johor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) mengeluarkan tiga kompaun terhadap dua kilang memproses pyrolisis di Jalan Seelong, di sini yang disyaki boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Yang Dipertuanya, Mohd. Fahmi Salam berkata, tindakan itu diambil susulan operasi bersepadu yang dijalankan bersama agensi berkaitan terhadap dua premis yang disyaki me­lakukan kesalahan tersebut.

“Hasil operasi, Jabatan Pe­nguatkuasaan MPKu mengeluarkan dua tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (MPKu) 2015 peruntukan Seksyen 109 dan satu tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (MPKu) 2015 peruntukan UUK Iklan (1982) Para 6 (1).

“Dua premis terbabit turut dikenakan tindakan tutup oleh Jabatan Perlesenan MPKu. Tindakan penguatkuasaan juga akan dilaksanakan dari semasa ke semasa berpandukan aduan awam dan rondaan pemantauan harian anggota terhadap pihak pengusaha premis ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat MPKu Bilangan 4/2024 di Dewan Persidangan Bangunan MPKu, di sini.

Februari lalu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan tentang kewujudan kilang-kilang pemprosesan tayar terpakai didapati beroperasi secara mencurigakan.

Berdasarkan siasatan Utusan Malaysia kira-kira tiga bu­lan lalu ke atas ketiga-tiga ki­lang itu, ia didapati ber­operasi secara bersembu­nyi bagi mengaburi mata pi­hak berkuasa apabila kawa­san kilang tanpa nama ini ber­tutup dan berkunci dikeli­li­ngi zink, jika dilihat dari luar.

Semakan mendapati, keba­nyakan kilang industri itu ber­operasi tanpa lesen atau menggunakan lesen yang berbeza dengan operasi sebenar memandangkan ba­nyak prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi.

Tinjauan dari udara menggunakan dron ke atas salah sebuah kilang tanpa nama pada 22 Februari lalu di kawasan perindustrian Kulai mendapati longgokan ribuan tayar terpakai dilihat bersepah di tempat terbuka tanpa berbumbung yang meng­akibatkan takungan air ketika waktu hujan.

Keadaan persekitaran didapati kotor, berdekatan de­ngan dua lagi kilang lain, tidak kelihatan penggunaan sistem boiler untuk pembakaran dan sistem kawalan pencemaran udara seperti disyaratkan JAS dan JKKP.

Operasi bersepadu kilang memproses pyrolisis turut melibatkan Pejabat Tanah Daerah Kulai, Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor SW Corp, Ran­hill SAJ dan Tenaga Nasional Berhad.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN