Dua ahli pengurusan Selangor FC lapor polis terima panggilan individu tidak dikenali

Dua ahli pengurusan Selangor FC lapor polis terima panggilan individu tidak dikenali

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua ahli pengurusan Selangor FC membuat laporan polis kerana khuatir kemungkinan menjadi sasaran susulan insiden menimpa pemain bintang pasukan itu, Faisal Halim.

Difahamkan, laporan itu dibuat selepas mereka menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali semalam. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

“Ada terima, laporan dibuat di Shah Alam untuk keselamatan diri saja,” katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu media melaporkan, Faisal Halim diserang individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami kecederaan akibat disimbah asid.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 20-an ditahan di Pandan Indah, Kuala Lumpur semalam selepas disyaki terlibat dalam kes itu.

Suspek direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN