PETALING JAYA: Bidang kejuruteraan sepatutnya menjadi pilihan utama bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana menawarkan prospek pekerjaan yang cerah dan permintaan tinggi pada masa hadapan. Dengan pesatnya perkembangan industri elektronik di negara ini, terdapat permintaan tinggi untuk tenaga kerja mahir dalam bidang elektronik dan kejuruteraan, terutama dengan kemajuan dalam teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Canselor Universiti Antarabangsa AlBukhary (AIU), Prof. Emeritus Datuk Dr. Abd. Aziz…