Bangunan pejabat RM171 juta milik Daim di London, gagal dijual

Bangunan pejabat RM171 juta milik Daim di London, gagal dijual

DAIM ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah bangunan pejabat di London yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin gagal dijual, lapor Bloomberg.

Berdasarkan dokumen yang dilihat oleh agensi berita itu, bangunan di 1 Crown Court di Cheapside, kira-kira 400 meter dari Katedral St Paul, diletakkan dalam senarai untuk dijual pada harga 28.6 juta pound (RM171.41 juta), tahun lalu.

Perbincangan untuk memuktamadkan urus niaga itu gagal selepas perjanjian ringkas dicapai dengan seorang pelabur, awal tahun ini.

Rekod dari Land Registry UK menunjukkan bangunan tersebut dimiliki oleh sebuah syarikat berdaftar British Virgin Islands yang dikenali dengan Straits Properties Ltd.

Januari lalu, Daim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun bank.

Daim yang memegang jawatan dari tahun 1984 hingga 1991 didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepadanya oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023, dengan tidak mengisytiharkan harta.

Semua harta terbabit antaranya tujuh kereta termasuk Mercedes Benz, Jaguar, Austin Morris dan Rolls Royce; 38 syarikat antaranya Ibu Kota Developments Sdn Bhd, Menara Ampang Sdn Bhd dan Avillion Berhad, 25 hartanah dan tanah di bawah syarikat di Kuala Lumpur, Ampang, Raub, Pahang dan Kuala Muda Kedah serta akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN