LONDON: Sebuah bangunan pejabat di London yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin gagal dijual, lapor Bloomberg. Berdasarkan dokumen yang dilihat oleh agensi berita itu, bangunan di 1 Crown Court di Cheapside, kira-kira 400 meter dari Katedral St Paul, diletakkan dalam senarai untuk dijual pada harga 28.6 juta pound (RM171.41 juta), tahun lalu. Perbincangan untuk memuktamadkan urus niaga itu gagal selepas perjanjian ringkas dicapai dengan seorang pelabur,…