JOHOR BAHRU: Suspek yang bertindak menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi semalam adalah individu yang bertindak bersendirian dan tidak terlibat dengan agenda mana-mana kumpulan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, suspek bertindak demikian dipercayai didorong oleh motivasi yang difahaminya. Katanya, perkara itu disahkan setelah siasatan secara menyeluruh dan penemuan-penemuan bukti termasuk selesai menemubual 46 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan itu. “Siasatan awal…