Balai polis diserang: Jangan buat spekulasi, kaitkan dengan agama

Balai polis diserang: Jangan buat spekulasi, kaitkan dengan agama

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis mengingatkan orang awam dan pengamal media supaya tidak mengaitkan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini yang mengorbankan nyawa dua anggota polis dengan mana-mana agama.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut mengingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Katanya, siasatan yang dijalankan adalah berlandaskan semakan profil dan pangkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersangkut dengan insiden seperti itu.

“Polis tentunya akan menjalankan siasatan mengikut jalur undang-undang dengan mengambil kira semua perkara. Saya juga ingin maklumkan, siasatan polis bermula selepas insiden tanpa tangguh.

“Kerana itu sejumlah individu telah dipanggil untuk tujuan kita menjalankan temubual bagi mengesahkan motif kejadian. Jadi kita gesa masyarakat dan media tak buat spekulasi, elak buat begitu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, pihaknya memohon supaya laporan berita yang dihasilkan fokus kepada melaporkan fakta kes seperti yang disebut oleh polis tanpa perlu mengaitkan kejaidna berkenaan dengan agama, misalnya.

“Kami pun akan berikan butiran maklumat setakat yang kami temui tanpa kita nak exaggerate. Rayu kepada media, ini sangat penting,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN