Anwar diberi sambutan rasmi di Doha

Anwar diberi sambutan rasmi di Doha

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di Amiri Diwan Doha, Qatar pada 13 Mei 2024. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar diberikan sambutan rasmi di Amiri Diwan, Doha semalam.

Amiri Diwan adalah dewan pemerintahan Qatar dan  badan berdaulat yang turut menempatkan pejabat pentadbiran Emir Qatar.

Ketibaan Anwar ke Amiri Diwan disambut Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Selepas selesai upacara sambutan rasmi di Amiri Diwan, Perdana Menteri mengadakan  pertemuan empat mata bersama Emir Qatar.

Anwar kemudian mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani merangkap Menteri Luar Negeri Qatar.

Pertemuan antara Anwar dan Sheikh Mohammad  signifikan dalam konteks berkaitan konflik Palestin-Israel setelah Malaysia dan Qatar masing-masing memainkan peranan penting dalam isu tersebut.

Anwar kini berada dalam lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Emir Qatar bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara yang bermula sejak 1974.

Perdana Menteri dalam satu hantaran Facebook berkata, berharap lawatan itu membuahkan hasil kepada negara.

Moga lawatan kerja ini membuahkan hasil yang lumayan untuk negara dan rakyat. Insya-Allah,” katanya.

Sepanjang lawatan rasmi itu, beliau menyertai Forum Ekonomi Qatar disamping melancarkan pembukaan rasmi kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha. 

Selain itu, Perdana Menteri dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Hamad Bin Khalifa, Doha dan menghadiri rundingan meja bulat dengan kapten industri Qatar serta pada sebelah malamnya pula mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di negara itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN