Anggota polis maut dalam kemalangan

Anggota polis maut dalam kemalangan

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang anggota polis maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat di Taman Tenaga, Jalan Puchong, Bandar Kinrara dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, anggota polis berpangkat lans koperal berusia 29 tahun itu maut akibat terjatuh daripada motosikal Yamaha Y15ZR ditungganginya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pukul 4.20 pagi apabila mangsa dari rumah saudaranya di Puchong menghala Jalan Klang Lama, lalu datang MPV berkenaan memasuki simpang secara tiba-tiba.

“Mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan di kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Menurutnya, lelaki tempatan berusia 36 tahun yang memandu MPV terbabit ditahan ketika hadir membuat laporan di sebuah balai polis di sini kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

“Suspek yang bekerja sebagai pemandu kereta swasta, didapati negatif penggunaan dadah menerusi ujian saringan awal. Sampel darah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN