UDA laksana projek kediaman di Wakaf Seetee Aisah

UDA laksana projek kediaman di Wakaf Seetee Aisah

AMAANEE Residences.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UDA Holdings Berhad (UDA) secara proaktif terus memainkan peranan penting dalam memajukan tanah wakaf berpotensi di negara ini menerusi projek pembangunan Amaanee Residences di Wakaf Seetee Aisah dekat Seberang Jaya, Pulau Pinang

Projek yang dibangunkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sebagai kesinambungan kepada kejayaan Taman Wakaf Seetee Aisah dan Pusat Komersial Wakaf Seetee Aisah sebelum ini.

Ketua Pegawai Operasi UDA Land (North) Sdn. Bhd., Ir. Shahrul Arizan Mohamad Adnan berkata, peranan strategik yang dilaksanakan UDA secara berfasa itu berjaya mengangkat potensi dan nilai komersial hartanah berkenaan.

“Nilai tanah wakaf ini telah meningkat daripada sekitar RM34 juta kepada kira-kira RM42 juta, manakala hasil tahunannya turut melonjak daripada kira-kira RM200 kepada sekitar RM3.36 juta.

“Peningkatan hasil ini secara langsung membantu memperluaskan amanah dan hasrat asal pewakaf dalam membantu lebih ramai penerima yang memerlukan menerusi pelbagai bentuk bantuan dan impak yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan.

Amaanee Residences yang dilancarkan pada Julai 2023 dijangka siap sepenuhnya pada 2027 dengan mengetengahkan konsep ketenangan, kesederhanaan dan aksesibiliti tinggi bagi memenuhi keperluan pembeli masa kini.

Apartmen setinggi 40 tingkat itu menawarkan sebanyak 410 unit kediaman yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi dengan keluasan 950 kaki persegi dan 1,100 kaki persegi pada harga mampu milik bermula daripada RM299,991.

Sesuai untuk pembeli rumah pertama dan golongan profesional, projek kediaman moden ini menyediakan pelbagai kemudahan komprehensif seperti kolam renang, gimnasium, dewan serbaguna, taman asuhan kanak-kanak, bilik pengurusan jenazah serta kawalan keselamatan berpagar dan berpengawal.

Dari segi ketersambungan, lokasinya sangat strategik kerana terletak hanya beberapa minit dari Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang dan Terminal Pengangkutan Penang Sentral.

Ia juga berhampiran dengan pelbagai kemudahan awam dan institusi pendidikan utama termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seberang Perai, Hospital Seberang Jaya, Politeknik Seberang Perai, serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN