Andrew Sia masih terima rawatan di hospital

Andrew Sia masih terima rawatan di hospital

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterangan kolumnis, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’ masih belum diambil kerana beliau kini sedang menjalani rawatan hospital.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Andrew, 57, sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) selepas pembedahan di kaki akibat jangkitan kuman sejak 2 April lalu.

“Bagaimanapun, pihak polis akan mengambil keterangan dari pihak sebuah portal berita dalam talian kira-kira pukul 10 pagi ini.

“Sebanyak 60 laporan diterima setakat ini yang mana terdapat penambahan 22 laporan daripada 28 laporan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Razarudin mengesahkan pihak polis sudah membuka kertas siasatan ke atas kolumnis, Andrew Sia berhubung penulisannya.

Siasatan itu dibuat selepas polis menerima 14 laporan polis membabitkan isu terbabit di seluruh negara.

Laporan pertama di­terima dibuat oleh ketua penerangan sebuah parti politik berusia 37 tahun petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Lelaki terbabit menyedari artikel bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM yang dimuat naik di sebuah portal ketika berada di sebuah hotel.

Individu bernama Andrew Sia memberi komen berkenaan protes oleh pelajar bumiputera ke atas beberapa pelajar bukan bumiputera yang diterima masuk bagi jurusan pembedahan kardiotorasik di UiTM.

Semakan mendapati artikel itu dimuat naik pada 22 Mei lalu pukul 10.30 pagi di laman portal terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×