KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer berbakat besar, Amylea Azizan memberikan pujian terhadap kesungguhan penyanyi bersuara emas, Noryn Aziz dalam menjayakan single terbarunya berjudul Kertas. Amylea yang ditemui baru-baru ini berkata, komitmen penyanyi berkenaan yang memberikan terbaik ketika proses penghasilan lagu balada itu wajar diteladani dan dicontohi. “Keputusan untuk memilih Noryn sebagai penyanyi lagu ini dibuat berdasarkan perbincangan dengan pihak Radius One Sdn. Bhd. Memang saya sejak awal pilih Noryn untuk…