Aliff dakwa Bella curang sekitar Oktober lepas - Utusan Malaysia

Aliff dakwa Bella curang sekitar Oktober lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kontroversi membabitkan Aliff Aziz dengan Bella Astillah memasuki episod baharu apabila pelakon tersebut membuat pendedahan isteri itu berlaku curang sekitar Oktober tahun lepas.

Aliff mendakwa perkara itu terdedah menerusi perbualan telefon bimbit antara Bella dengan pelakon yang dikatakan Muaz Zabir.

“Semua ini bermula sekitar 13 November 2023, iaitu jatuh pada hari Ahad. keesokannya, saya juara mingguan di All Star Gegar Vaganza sewaktu membawakan lagu Cek Mek Molek.

“Saya mula menyedari perubahan Bella yang ketika itu kurang meluangkan masa di rumah disebabkan sibuk menjalani penggambaran. Saya secara tiba-tiba terpanggil untuk memeriksa telefon bimbitnya sewaktu dia tidur.

“Saya rasa tak menentu sebaik sahaja memeriksa archive massegenya. Saya terus hubungi ibu bapa saya kerana tidak tahu mahu berbuat apa,” katanya.

Aliff membuat pendedahan tersebut menerusi podcast The Common Folks yang ditayangkan di platform Youtube bermula semalam.

Dia pada masa yang sama memaklumkan tidak sedikit pun marah, malah sedia memaafkan segala perbuatan isterinya itu.

Penyanyi itu juga berharap kemelut yang berlaku dalam perkahwinan mereka dapat diselesaikan secara baik.

“Saya maafkan awak, sekiranya awak mahukan perubahan dalam perkahwinan. Saya anggap ini satu kifarah.

“Mungkin Tuhan nak kejut saya. Ini yang isteri saya rasa apabila saya lakukan hal sama dahulu (curang).

“Saya tidak marah, malah memaafkan dia. Saya cuma mahu dia melihat perkahwinan ini ke arah yang lebih baik,” kongsinya.

Pergolakan rumah tangga kedua pasangan sensasi itu memuncak selepas Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac yang lalu.

Keadaan bertambah buruk dengan kewujudan wanita bernama Sarah Yasmine yang mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN