ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

NOR ZAMRI LATIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.38 petang tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

“Nor Zamri baharu sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada 1.38 petang di ICU Hospital Seberang Jaya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal itu dilaporkan ditempatkan di ICU hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi di bahagian perut.

Nor Zamri yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu memenangi kerusi DUN Sungai Bakap dengan majoriti 1,563 selepas mendapat undian 15,433 mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR iaitu Nurhidayah Che Rose.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Sungai Acheh kira-kira pukul 6 petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN