KUALA LUMPUR: Bekas Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abd. Kader Jilani gagal mendapat perintah injunksi bagi menghalang Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung rakaman video didakwa mengandungi perbualan lucah dengan individu mirip bekas Ketua Pengarah J-Kom, Dr. Mohammad Agus Yusoff. Pada prosiding sama, Abdul Wahab turut gagal mendapatkan perintah mahkamah agar Badrul Hisham memadam hantaran dalam laman sosial Facbeook milik defendan…










