JOHOR BAHRU: Seramai 1,247 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini memperoleh keputusan cemerlang dengan 20 daripadanya memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran. Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Mohd. Hanafi Samad berkata, Johor merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.48 mata pada tahun lalu, mengatasi pencapaian GPN Nasional pada 4.60 mata. Beliau berkata,berdasarkan kepada analisis pencapaian keputusan SPM mulai 2019 hingga 2022, pencapaian ini merupakan terbaik dalam tempoh lima tahun, mengatasi…