Westlife bakal kembali ke Malaysia - Utusan Malaysia

Westlife bakal kembali ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife, bakal kembali mengubat rindu peminat di Malaysia selepas 24 tahun dengan konsert khas yang dijadualkan berlangsung pada 9 Jun depan.

Malaysia dipilih sebagai salah satu lokasi untuk konsert jelajah, Westlife The Hits Tour 2024, yang akan berlangsung di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Bagaimanapun, kumpulan yang terkenal dengan lagu Uptown Girl, If I Let You Go dan Flying Without Wings itu hanya akan tampil bertiga iaitu Kian Egan, Nicky Byrne dan Shane Filan pada konsert itu nanti.

Utusan Malaysia dimaklumkan Mark Feehily  terpaksa menarik diri atas faktor kesihatan.

Tiket konsert yang berharga antara RM388 sehingga RM1,188 sudah mula dijual  Jumaat lepas.

Westlife, kumpulan British terkenal sebelum ini mencipta fenomena apabila album mereka terjual sehingga 55 juta unit.

Mereka juga turut menerima pelbagai anugerah termasuk World Music Award, Brit Awards, MTV Awards dan Record of the Year Awards.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya