Tun Hanif dianggap lagenda- KPN

Tun Hanif dianggap lagenda- KPN

Tun Mohammed Hanif Omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang akan dikebumikan di Makam Pahlawan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah mendapat kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mengebumikan Allahyarham di Makam Pahlawan hari ini.

“Beliau (Tun Hanif) adalah Ketua Polis Negara yang keempat di mana beliau sangat bijak mengurus pasukan Polis Diraja   Malaysia (PDRM) ketika itu.

“Dalam masa sama beliau juga sangat membantu kerajaan yang memerintah ketika itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Razarudin berkata, beliau dan keluarga juga mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Tun Hanif.

“Beliau juga dianggap lagenda dalam PDRM,”  katanya.

Allahyarham Tun Mohammed Hanif adalah KPN Ke-4 dan pernah memegang jawatan itu selama 20 tahun iaitu dari 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

Allahyarham yang berusia 85 tahun meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada 2.15 pagi tadi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Negara untuk solat jenazah sebelum dikebumikan.

Beberapa bekas pegawai tertinggi PDRM turut hadir di Masjid Negara iaitu bekas KPN; Tan Sri Ismail Omar, Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan bekas Timbalan KPN, Tan Sri Mazlan Lazim.

Turut kelihatan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa dan KP Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×