PETALING JAYA: Kerajaan dicadang menubuhkan Majlis Jururawat bagi meningkatkan perjawatan DAN menjamin isu-isu berbangkit secara menyeluruh pada masa akan datang. Presiden Kesatuan Jururawat Malaya (MNU), Saaidah Athman berkata, kewujudan majlis berkenaan perlu bagi membolehkan perjawatan jururawat berdiri sendiri. “Dengan adanya Majlis Jururawat, boleh selesaikan isu-isu berkaitan dengan perjawatan jururawat (termasuk soal kebajikan, gaji, elaun) dengan lebih menyeluruh. “Selain itu, ia membolehkan kami membuat keputusan dan tentukan rawatan terbaik untuk pesakit.…