Tiga termasuk pemandu lori ditahan, lebih 4,000 diesel seleweng dirampas

Tiga termasuk pemandu lori ditahan, lebih 4,000 diesel seleweng dirampas

Habis caption: SEORANG anggota KPDN Pulau Pinang memeriksa sebuah tangki IBC yang ditempatkan dalam sebuah lori berhampiran sebuah stesen minyak di Butterworth, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Tiga lelaki termasuk seorang pemandu lori ditahan oleh sepasukan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di sini, semalam.

Pengarah KPDN negeri, S. Jegan berkata, ketiga-tiga mereka ditahan selepas disyaki terlibat dengan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalan Op Tiris 3.0 itu.

Katanya, susulan penahanan itu, pihaknya turut menemukan sejumlah minyak disyaki diesel dengan anggaran berat hampir 4,200 liter yang tersimpan di dalam enam unit Intermediate Bulk Container (IBC) Tank di dalam lori tersebut.

”Selain pemandu lori, kami turut menahan dua orang lelaki tempatan di tempat kejadian.

”Turut dijumpai ialah dua buah motor lori ‘bonded’ manakala empat set motor pump berserta hos paip disita untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, nilai rampasan minyak diesel itu dianggarkan sekitar RM9,030 sekaligus menjadikan anggaran nilai barang rampasan secara keseluruhannya berjumlah RM 41,430.

”Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenalpasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak diesel termasuklah sumber minyak diesel diperolehi dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab,”katanya.

Tambah Jegan, KPDN Pulau Pinang kini sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar negeri ini bagi mengekang ketirisan aktivti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.

”KPDN Pulau Pinang menegaskan, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN.

“Khususnya melibatkan penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi diesel yang merupakan salah satu kepentingan awam yang perlu diselia dan dijaga,” katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, masyarakat digesa untuk menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa bagi menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN