Tiada laporan pemilik stesen minyak diugut, polis sedia siasat

Tiada laporan pemilik stesen minyak diugut, polis sedia siasat

SAIFUDDIN Nasution Ismail pada Karnival Pencegahan Jenayah kolaborasi PDRM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan rakan strategik serta komuniti setempat di perumahan awam Flat Sri Sabah, dekat sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menyiasat sekiranya mengesan elemen ugutan diterima pemilik stesen minyak daripada mana-mana sindiket selepas tidak membenarkan penjualan bahan api bersubsidi kepada mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sudah menjadi bidang kuasa PDRM untuk mengambil tindakan bila ada elemen ugutan dilaporkan.

Kata beliau, pemilik stesen minyak yang diugut oleh sindiket perlu tampil membuat laporan segera agar pihak polis mengambil tindakan.

“Lesen yang dikeluarkan kepada pemilik stesen minyak dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) manakala kuota dan bahagian subsidi pula di bawah Kementerian Kewangan (MOF).

“Bila ada elemen ugutan ini sudah jadi bidang kuasa polis dan kalau berlaku betul, pemilik stesen minyak perlu segera lapor polis baru tindakan diambil,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah kolaborasi PDRM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan rakan strategik serta komuniti setempat di perumahan awam Flat Sri Sabah, dekat sini.

Kata beliau, mana-mana pemilik stesen minyak dikesan menjual diesel bersubsidi dalam jumlah yang besar dan tidak munasabah tindakan itu akan diambil KPDN.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sehingga hari ini tiada laporan polis dibuat bagi kes ugutan sindiket kepada pemilik stesen minyak. 

Pada 23 April lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.

Menurut beliau, laporan oleh mangsa tersebut dibuat melalui pelbagai kaedah termasuk menulis sendiri surat kepada beliau, kementerian dan PDRM.

Atas isu keselamatan, ada sesetengah stesen minyak pilih untuk tidak buat laporan kerana khuatir dan bimbang dengan keselamatan diri, pekerja dan premis mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN